Alahan laktosa adalah ketidakupayaan badan untuk menghadamkan gula susu
atau laktosa.Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara
sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.
2 jenis alahan laktosa:-
- Alahan laktosa kekal (congenital) - ianya jarang berlaku manakala alahan laktosa lewat bagi golongan dewasa iaitu biasanya berlaku di kalangan orang asia dalam anggaran umur 20 tahun.
- Alahan laktosa sementara - berlaku disebabkan kerosakan / kecederaan pada usus yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis),Penyakit usus seperti Coeliac Disease dan pembedahan usus.
Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang
mengandungi laktosa.Genjala - genjala yang boleh dikenalpasti adalah
bayi merengek dan menangis,Perut kembung dan memulas,Berak cair yang
berbau busuk,Kentut yang berlebihan,Kulit melecet dibahagian punggung.
Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?
Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
- Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
- Kurang zat makanan
- Pembesaran terencat
Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
- Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
- Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
- Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
So caranya senang je telan je OSTEMATRIX ni sbm tidur utk keperluan kalsium anda seharian
BERMINAT NAK BELI OSTEMATRIX UTK KEPERLUAN KALSIUM ANDA SEHARIAN
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR PILIHAN ANDA
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823
No comments:
Post a Comment