Monday 21 April 2014

Jadilah Katak Pekak

Bila kita berbiznes ni lg2 bila terlibat dalam MLM kan mesti ada suara2 yg tidak berapa happy dgn keputusan kita ni lg2 family dan kawan2 terdekat, kalau ade yg jenis ckp straight tu mmg terus je berbahasa dah takde nak selindung2 ni

Pernah tak kena???

Saya...ofcourse pernah n dr family sdri juga sampai dah lali rasa mcm seolah2 bersalah gara2 sbb saya buat keputusan nak jd surirumah sepenuh masa tp masa tu bukan saya taknak cari kerja masalahnya tak jumpa yg bersesuaian dgn jiwa saya, saya pergi interview government pun tak dapat je hehe nak buat cmne takde rezeki last2 sampai saya malas nak update borang SPA tu rasa mcm tak layak je rasa

Rupenya selama ni saya mmg dah lama jd KATAK PEKAK ni cuma taktau je haha

JOM KITA DENGAR CERITA TENTANG KATAK PEKAK NI



Pada suatu hari yang indah... Terdapat segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba dengan tujuan untuk mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

 Maka dengan itu, berita tentang pertandingan tersebut telah pun tersebar dengan luasnya.. Para penonton berpusu-pusu datang dan berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu disamping memberikan semangat kepada para peserta. Maka perlumbaan pun dimulakan...
 
Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil ini akan dapat mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu susah!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak akan ada yang berjaya. Menaranya terlalu tinggi!"
 
Tak lama selepas itu.. Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap dengan semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton pun terus bersorak, “Terlalu susah!! Tak akan ada pun yang akan berjaya!”.. Dan... Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.. Akhirnya yang lain juga telah turut menyerah untuk menaiki menara.
TETAPI!! Kecuali SEEKOR KATAK kecil yang satu ni sahaja yang melanjutkan pendakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia masih belum menyerah! Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras sekaligus menjadi satu-satunya katak kecil yang berhasil sampai puncak.
 
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak kecil yang ini boleh melakukannya? Jadi, salah satu peserta bertanya bagaimana cara katak itu berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK!! Dia tidak dapat mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak kecil yang berjaya itu percaya dan yakin pada visinya, iaitu boleh menggapai puncak tertinggi dan dia telah membuktikannya. Peserta yang bertanya itu mendapati, katak kecil itu telah berjaya bila visinya jelas, dia nekad untuk mencapainya dan juga kesan tidak mendengar segala kata-kata negatif dari para penonton






Jadi moral of the story sbb kekurangan katak inilah yg menyebabkan kemenangan dia

jd kalau kita mmg tak pekak pun tp just pekakkan sahaja telinga dr dgr soksek2 org lain, kalau yg baik tu kita ambil, yg tak baik tu kita senyum jela

NAK BERJAYA BUKAN MUDAH TP INSYALLAH JIKA KITA BETUL2 MAHUKANNYA JALAN SENTIASA ADA ASALKAN KITA JGN BERHENTI BERUSAHA

BERMINAT NAK MENDAFTAR DGN SHAKLEE

NAK JOIN GROUP KAMI YG SUPERDUPER OHSEM

BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR PILIHAN ANDA
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823







Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment