Thursday 23 May 2013

Tips Menyusukan Bayi Selepas Kelahiran




Masa saya di hospital ramai ibu2 muda yg bertanya kat saya almaklumla dah yang ketiga kan, diorg kate susu diorg sikit n anak asyik nangis tp bila picit susu keluar je mcm biasa, Jom kita tgk tips ini


Pastikan perkara pertama dan cecair pertama yang masuk ke perut bayi adalah susu ibu. Khasiat kolostrum amat tinggi nilainya dan selalu digambarkan sebagai cecair emas. Maka amatlah rugi jika ibu membiarkan sahaja cecair emas ini terbuang begitu sahaja. Dakapkan bayi anda ke dada untuk sentuhan kulit ke kulit dan ini amat penting untuk "bonding" antara ibu dan bayi. bayi akan mencari-cari payudara anda untuk menyusu dan saat inilah bermula di mana lebih banyak susu akan dihasilkan hasil dari rangsangan hisapan bayi







Semasa awal kelahiran, payudara ibu akan mengeluarkan kolostrum yang mana ianya penuh dengan protein, antibodi dan vitamin yang diperlukan oleh bayi. Semasa ini bayi hanya perlukan sedikit sahaja sus ibu dan tidak hairanlah semasa ini hanya kolostrum sahaja yang pekat dan sesuai dengan perut bayi. Untuk melihat berapa banyak jumlah susu yang bayi perlukan, boleh rujuk gambar di bawah. Jadi ibu-ibu baru terutamanya jangan putus asa jika susu badan tidak banyak pada masa ini kerana bayi anda tidak perlukan segelas susu sehari pun!

Anda juga boleh cuba tips ini untuk menarik perhatian si manja memulakan penyusuan. Perahkan sedikit susu menggunakan tangan dan biarkan pada puting payudara untuk galakkan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyak juga susu anda. Konsep penyusuan adalah mengikut "demand & supply".




HAPPY BREASTFEEDING

PERLUKAN SUPPLEMEN UNTUK PENYUSUAN

JGN MALU LEH TERUS SMS OR WASSAP SAYA YE

SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823 



COD : SEKITAR KLANG, KOTA KEMUNING DAN SHAH ALAM

Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment