Saturday 1 June 2013

7 Cara Naikkan Selera Makan Anak

Bukan mudah melayan anak kecil. Sesekali tindak tanduknya yang tidak menentu membuatkan hati ayah dan ibu panas seketika. Kadan kala mengajaknya makan pun agak sukar. Apatah lagi jika 'mood' si kecil ketika itu kuang baik. Bagaimanapun, jangan bimbang kerana beberapa tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu meningkatkan selera si kecil.

1.   Sediakan hidangan menarik berwarna-warni



Kanak-kanak pra sekolah lazimnya cepat berasa bosan. Namun, mereka mudah tertarik dengan sesuatu yang bersifat berwarna-warni. Melihat lauk-pauk seperti sayuran yang beraneka warna membuatkan mereka tidak sabar menikmatinya. Warna yang ceria dan menarik mampu merangsang selera makan si kecil.

2.   Variasikan resepi dan hidangan
Menikmati hidangan yang sama setiap kali berada di meja makan tentu membosankan. Malah selera juga turut menyusut perlahan-lahan. Lantaran itu, sediakanlah lauk-pauk yang berbeza setiap hari. Jika hari ini makanan yang dihidangkan ikan masak lemak dengan sayur bayam, ubahlah menu untuk hari-hari seterusnya seperti daging masak kicap dan sup sayur. Resepi yang sama saban hari boleh menrencatkan selera makan kanak-kanak.

3.    Kreatif dalam masakan



Kadang-kala kanak-kanak amat cerewet dalam memilih makanan. Ada yang menolak kobis. Malah tidak kurang juga yang mengelak daripada menjamah sesetengah jenis makanan laut. Lantaran itu ibubapa perlu bijak apabila berhadapan dalam situasi begini. Seandainya dia tidak menggemari sawi, campurkanlah sayur tersebut dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah dan cendawan. Ini dapat meningkatkan selera si kecil.

4.   Sediakan hidangan dalam bentuk yang sesuai



Kanak-kanak khususnya yang masih di pra sekolah belum bijak sepenuhnya mengunyah makanan seperti orang dewasa. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang gemar memotong pendek, nipis dan kecil bahan-bahan dalam masakan seperti daging mahupun sayuran menimbulkan kesukaran kepadanya. Ini secara tidak langsung boleh melenyapkan selera makan kanak-kanak.

5.    Menjamu selera di ruang makan
Menjauhi televisyen sewaktu menikmati hidangan adalah langkah yang wajar dipraktikkan bagi meningkatkan selera makan si kecil. Ruang makan merupakan tempat paling sesuai untuk menjamu selera. Namun, elakkan daripada meletakkan televisyen diruang tersebut kerana ini boleh menarik tumpuan si kecil secara tidak langsung, kanak-kanak tidak dapat menikmati keenakkan hidangan sepenuhnya.

6.   Elakkan makanan terlampau panas

Dalam usia kanak-kanak yang terlalu muda, lidahnya masih belum cukup kuat untuk menahan kepanasan makanan. Oleh itu, pastikan makanan yang diberikan kepadanya tidak terlalu panas sehingga boleh membantutkan keinginnya untuk makan.

7.   Hidangkan buah-buahan dengan cara menarik





Terdapat segelintir kanak-kanak yang kurang menggemari buah-buahan. Pelbagai jenis buah seperti epal dan betik mampu memberikan khasiat kepada kanak-kanak. Bagi menarik minatnya, sediakan buah-buahan tersebut dalam bentuk yang digemarinya. Bentukkan buah tersebut dengan ukiran yang ringkas tetapi bersesuaian dengan minat si kecil.

SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823 


COD : SEKITAR KLANG, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM


Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment