Monday 2 September 2013

Apa itu Coenzyme Q10


Uik cam dah terlama plak biarkan blog ni berhabuk, maaf sgt2 terkejar2 masa update blog n juga fanpage n group kat fb n of course kena handel anak2 saya yg masih kecik tu

Sebelum saya cerita mengenai produk baru tu COQ10, saya nak cerita serba sedikit mengenai apa itu COQ10 itu sendiri

Coenzyme diertikan sebagai bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul. Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.



Fungsi Coenzyme Q10 di dalam badan kita ?

Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Kegunaannya

  1. Sebagai anti-oksidant yang sangat baik. Persediaan-persediaan terbaru termasuklah krim muka yang boleh membantu memperlahankan proses penuaan (melalui sifat anti-oksidant bahan ini).
  2. Membantu dalam mengawal dan merawat sakit jantung.
  3. Coenzyme Q10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dipikul oleh jantung memerlukan tenaga yang banyak. Banyak kajian telah dijalankan menggunakan bahan ini dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung, terutamanya congestive heart failure (CHF) dan didapati Coenzyme Q10 sangat berguna untuk pesakit-pesakit ini. Kajian menunjukkan CHF bergantung rapat dengan kadar Coenzyme Q10 dalam darah dan tisu yang rendah. Dalam kata lain, sekiranya kandungan Coenzyme Q10 rendah, kemungkinan untuk mendapat CHF adalah lebih tinggi.
  4. Sebagai anti-oksidant, Coenzyme Q10 menghalang proses yang menyebabkan atherosclerosis (saluran darah tersumbat kerana kolesterol)
  5. membantu dalam masalah berkaitan allergik (alahan), asma, masalah pernafasan
  6. membantu dalam masalah berkaitan otak seperti Alzheimer's disease
  7. cardiomyopathy
  8. masalah dystolic dysfunction
  9. tekanan darah tinggi
  10. Penyakit berkaitan dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis
  11. menguatkan sistem imuniti (melawan penyakit)
  12. amyotrophic lateral sclerosis
  13. kanser 
  14. mengawal angina (sakit dada)
  15. psoriasis
  16. mengawal kencing manis
  17. kemandulan lelaki (menambah sprem count)
  18. muscular dystrophy
  19. masalah kegemukan
  20. menambah tenaga
  21. memudahkan pembuangan kulat Candida albicans (sering menyebabkan masalah keputihan di kalangan wanita)
Sumber-sumber 



Sumber utama Coenzyme Q10 adalah dari pembinaannya di dalam badan kita sendiri. Sumber luaran utama Coenzyme Q10 pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran. Bahan ini juga boleh didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit. Bagaimanapun ia rosak dengan mudah melalui proses pemasakan. Adalah dijangka bahawa secara purata pengambilan Coenzyme Q10 oleh orang biasa dari pemakanan menyumbang sebanyak 5mg sehari sahaja.


Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitochondria. Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg. Kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat. Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.

Pengurangan kandungan Coenzyme Q10




Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dsb mula dirasai.

Ahah ni serba sedikit penerangan tentang apa itu COQ10 n then next entry nnt saya akan cerita lebih lanjut tentang produk yg superb n terbaru COQ10 dr shaklee pula n apa yg membuatkannya best dr yg lain




Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment