Friday 3 October 2014

Resipi Guna Roti Yang Mabeles

Bila dah mengadap fb ni salah satu benda yg selalu nampak orang share adalah resipi, mcm2 resipi ada tinggal rajin ke tak je nak buatnya dan biasanya saya ni pilih yg senang2 dan bahan tu mudah cari, takyah nak pi pasaraya just kt kedai mamak je hihi sbb tu je kedai yg selalu pergi

Ok nak share resipi menggunakan roti yg sekarang femes di FB dan ramai juga kawan2 saya dah buat

ROTI TELUR BERLUBANG BERCHEESE



Bahan-bahan

1. Roti 2 keping
2. Cheese, ikut apa yg ada di rumah, saya guna cheddar yg keping2 tu je
3. Sebiji telur

Cara-caranya

1.Ambil roti 2 keping dan camtumkan atas bawah, tekapkan bulatan pada tengah roti, boleh guna apa sahaja objek bulat asalkan bersih saya guna gelas je
2. Bila dah tekap tu nak keluarkan roti di tengah2 pun boleh atau biarkan sahaja. Kalau saya, saya biarkan sahaja roti tu di bawah then saya pecahkan telur di tengah2 n jgn biar kuning tu pecah tau nnt tak lawa, Kalau roti tu dikeluarkan nnt bakar sekali jgn buang plak tau membazir
3. Letak sekeliling telur tu dan atas roti tu tabur cheese ikut banyak mana nak
4. Boleh tabur sedikit lada hitam atau sulah utk penambah perisa
5. Bakar dalam oven, agak2 nampak telur dan cheese tu dah masak dan roti tu dah nampak garing bolehla keluarkan

Makan panas-panas mmg super duper sedap n sgt mengeyangkan, sesuai utk mkn pagi dan cepat je nak buatnya


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahan

untuk inti
300g daging cincang @ 4 kpg daging burger (dihancurkan)-if nak daging lebih boleh tambah ;)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 peket perencah daging black pepper maggie
sedikit air
garam n gula
minyak or margerin
untuk roti lapis
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur ikut suka

Cara-caranya :

Untuk inti : 
Panaskan minyak, tumis bawang putih n besar, masukkan daging, goreng hingga daging empuk
kemudian masukkan perencah black pepper n sikit air, masak sampai daging masak n kering
ketepikan n biarkan sejuk
Untuk roti lapis :
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
2. Bancuhkan telur n susu sehingga sebati
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur n susu td
4. Susun dalam bekas dan buat penuh layer pertama dlm bekas
4. Letakkan separuh inti ke atas roti n ratakan
5. Kemudian susun slice cheese atas daging
6. Tutup lapisan roti dgn langkah pertama td
7. Ulang proses yang sama
8. Last sekali taburkan cheddar atas roti tuk lapisan atas sekali
if ader lebihan telur just tuang jer atas roti...jgn membazir
bakar dlm oven suhu 180c lebih kurang 35-40 minit (smpi masak)
kuarkan dr oven n hidangkan

Tada...inilah hasilnya



By the way saya takde oven cuma ada toaster oven je, kalau bakar gak kurang jadi sbb tu saya guna pemanggang ajaib sbb ada jumpa orang buat terus buat guna tu, hasilnya mmg mabeles, gambar kat atas tu mula2 buat dah mcm nak hangit sikit hehe guna pemanggang ni senang cuma bg api sekecik mungkin
Biasanya bila saya guna pemanggang ni saya akan balik-balikkan pemanggang tu nak bg masak atas bawah, agak2 dalam 10 minit atas dan 10 minit bawah sampai cheese tu dah nampak brown-brown
So far anak2 saya suka sangat makan ni sbb ada cheese dan daging tu, bila makan panas-panas cheese tu meleleh je sedap sgt2 tau dan saya tak masukkan sayur takut kang diorang buang je better tak letak. Inti tu pun korang boleh olah juga samada nak blackpepper or inti mcm lasagna yg guna tomato paste, ikutla kegemaran masing2, bagi saya sedap juga blackpepper ni even saya bukan peminat pepper2 ni

Sorry gambar satu-satu takde maklumlah anak-anak suka kacau time masak tak sempatla nak bergambar bagai, dapat tangkap gambar end produk je

Korang tryla ye, boleh buat makan pg, minum ptg or makan mlm ikut suka

Salam sayang dari pakar cantik



Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment