Sunburn ini terjadi apabila kulit kita terdedah pada matahari terlalu lama dan ianya terjadi ketika sejumlah sinar matahari atau sinar ultraviolet lain menembusi kulit melebihi kemampuan pigmen pelindung tubuh, melanin, untuk melindungi kulit. Ini adalah kerana sinaran matahari yg mengandungi UV yg boleh merosakkan kulit kita. Antara tanda-tanda sunburn pada mulanya kulit menjadi kemerahan dan kemudian menjadi gelap. Tanda-tanda sunburn ni bukan senang nak hilang ye sometimes if tak jaga betul2 kulit akan mengelupas dan nampak lg teruk. Mereka yg berkulit putih lebih cepat sunburn dari mereka yg berkulit gelap kerana pigmen melanin mereka lebih tebal
Kulit yg kerap terdedah ni bukan sahaja kulit lebih gelap tp nnt akan muncul masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua
LANGKAH-LANGKAH AWAL BG MENGELAKKAN SUNBURN ADALAH
1. Menggunakan krim atau lotion yg mempunyai formula penghadang matahari at least UV25-50 utk perlindungan yg maksimum
2, Jika kerap driving pada waktu panas, boleh beli sarung tangan untuk melindungi tangan ketika memandu, tangan pun perlu jaga ye sbb kalau kita biarkan nnt kulit tangan akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul
3. Guna pakaian yg bewarna gelap, diikutkan bila kita pakai pakaian panas ni kita mmg akan panas sbb haba kat dalam tak keluar tp at least boleh memberi perlindungan dari luar jd kena bertahan sikitla ye tp jgn pakai yg tebal, pilihlah fabrik yg loose dan menyerap peluh
4. Jika terlalu panas contohnya berjalan2 di tepi pantai pakai topi atau payung
5. Ambil supplemen antioksidaan bg melindungi kulit, sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yg boleh merosakkan kulit jd dengan adanya perlindungan dari dalam kulit lebih dilindungi, ingat ye kanser juga adalah akibat dari pendedahan kulit pada radikal bebas
PETUA BG MENGATASI MASALAH SUNBURN
1. Gunakan daun alovera, ambil lendir dalamnya dan gosok-gosok pada muka dan kulit yg terkena sunburn hari-hari
2. Tepung gandum, madu, putih telur dan air limau nipis dicampurkan dan dijadikan masker.Sapu pada kulit muka dan biarkan kering kemudian basuh
3. Kisar sebiji timun dgn susu tepung atau susu biasa dan dijadikan masker
4. Belah dua biji tomato dan gosokkan pada kulit muka 5-10 minit. Biarkan kering dan basuh
SUMBER : PETUA NENEK
SUPPLEMEN CADANGAN BG PERLINDUNGAN MATAHARI DARI DALAM
Ini antara petua yg boleh diamalkan bg yg mengalami masalah sunburn, nnt next entry saya akan kongsikan masker yg menggunakan masker vitamin shaklee
salam sayang dari pakar cantik
No comments:
Post a Comment