Pernah nampak tak yg orang letak buah byk2 dalam botol pastu minum, selain dari bertujuan utk detox tp boleh menggalakkan kita minum air dgn banyak, air detox ni takde gula ye kalau letak gula maka tak jadilah air detox ye
Ok meh saya share resipi yg simpel utk buat air detox ni, mcm2 sebenarnya resipi tp bahan utamanya kena ada lemon sbb lemon ni banyak khasiatnya
KHASIAT LEMON
RESIPI MUDAH AIR DETOX
Yang ni kira plg mudah just campur lemon dgn air je
Yang ni sesuai kalau yg ada masalah angin2 pg tu sbb halia kan buang angin, selain itu halia ini baik untuk melancarkan darah dan juga penjagaan jantung
Resipi ini antara yang popular tp saya jarang pegi ke tesco so susah sikit nak beli daun pudina tu
kahsiat daun pudina ni selain boleh meningkatkan aroma air tersebut tp juga boleh memperbaiki sistem penhadaman kita.
Timun pula baik utk rehidrasi badan, bila minum tu mmg akan rasa fresh je tekak tau, rasa mengalir semua air2 tu dalam badan. Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin dan mempunyai sifat anti inflamasi, jd sgt baik utk diamalkan utk yg ada sakit2 kulit seperti eczema dan allergik
Ahah bolehlah cuba lepas ni kan, senang je nak buat, bahan2 pun murah yg mahal sikit tu lemon tu tp bolehlah hihi nak diet kata kan dan cara yg semulajadi gitu dan boleh menyebabkan kita minum air masak dgn banyak, jd kalau korang jenis yg susah nak minum air masak biasa tu cuba tambah bahan2 mcm ni nampak sedap dan refreshing je lg2 kalau minum sejuk
Saya selalu buat dalam jag atau botol besar tu pastu ulang2 minum sampai habis, besok buat lagi, kiranya sekali buat untuk satu hari
Ada banyak lagi resipi nnt kalau saya dah buat saya akan kongsikan kat sini ye
No comments:
Post a Comment