Monday, 22 September 2014

Tragedi Pondok Pak Ya


Sapa ada tgk cerita ni???


Cerita ni ditayangkan di astro oasis sekarang rasa mula2 dulu kena beli dari astro first tapi sekarang dah boleh tgk di oasis
Cerita ni ada dalam bentuk movie dan dokumentari, kena tgk2 dua versi ni utk lg faham cerita sebenar tentang pondok pakya ni

Sedih sgt dan sangat byk2 pengajaran kisah para2 syudaha' ni

Ok meh saya bg sipnosis sikit cerita ni ye buat yg belum menonton dan takde astro tp rasanya kat youtube dah ada

Kisah ni berlaku di sebuah sekolah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah ataupun dikenali sebagai Pondok Pakya. Kebanyakan orang kalau sebut pondok pakya ni baru tau sekolah yg mana

Kejadian ni berlaku pada 22 September tahun 1989, masa tu umur saya baru 6 tahun jd mmg no idea lgsg tentang kejadian ni

Alkisahnya pengetua sekolah tidak beri kebenaran murid2 sekolah blk pada minggu itu sbb lg 2 minggu nak peperiksaan dan perlu belajar di asrama sambil qiamullail. Pada malam kejadian tu murid2 tersebut ada sesi tazkirah dan salah satu topik adalah mengenai mati syahid

Selepas selesai usrah tersebut ada pelajar yg blk utk ulangkaji pelajaran dan ada yg menunggu qiamullail di surau, Lampu di asrama mmg akan ditutup pada pukul 11 mlm dan selepas lampu ditutup ada pelajar yg menggunakan lilin utk membaca

Lalu bermulalah tragedi kebakaran apabila salah satu lilin terjatuh dan terkena tilam, pada mulanya disangka api itu dah padam rupanya masih ada bara yg secara sedikit2 membakar tilam dan menjilat baju2 dan tiang2 kayu, Oleh kerana asrama tersebut diperbuat daripada kayu maka api mmg sgt2 cepat marak dan asrama tersebut mmg hangus terbakar

Tragedi yg menghayat hati itu telah mengorbankan 27 para syudaha', ada yg mengalami kecederaan ringan dan ada yg serius sehingga terbakar seluruh badan

Ini antara gambar semasa kejadian tersebut berlaku


Gambar ihsan dari SINI

Kesemua mangsa telah dimandikan sekali dan dikebumikan dalam satu liang lahad di kawasan perkuburan Padang Lumat


Kalau tgk dokumentari tu mmg sedih dan sebak sangat dgn luahan dari keluarga mangsa lebih2 lg mendengar petanda2 dari mereka sblm pergi. Ada yg beria2 minta loket emas dari ibunya sbb katanya nak bg orang kenal dan ternyata dgn adanya loket tu ayah dia terus cam mayat anaknya walau terbakar hangus dan lg satu ada yg minta dibelikan baju raya sebanyak 6 pasang dan sblm pulang ke asrama mintak diambilkan gambar dgn kesemua baju2 tersebut dan beritahu pada ibunya supaya bagi baju-baju tu pada mereka yg memerlukan dan gambar2 itulah yg memberikan seribu kenangan pada keluarganya

Kalau nak tgk boleh tgk di youtube ataupun astro ye kawan2 mgkn ada ulangan lagi

ALFATIHAH PADA SEMUA PARA SYUHADA' DAN KELUARGA MANGSA

Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment