Tak susah nak jawab soalan ni tp mcm taktau pula nak mula dari mana
Bukan senang sebenarnya menjadi surirumah sambil menjalankan bisnes online tp saya sentiasa ada sesuatu yg menguatkan saya dan mengelakkan saya dari jatuh tersungkur, kalau ada senget2 sikit tu biasala
Sesuatu yg sering menguatkan saya untuk meneruskan perjalanan sebagai surirumah yg bekerja dari rumah adalah
ANAK-ANAK SAYA
Kalau boleh saya mmg taknak anak saya dijaga orang lain sbb anak2 saya ni mcm2 karenah dan agak cerewet makan jd saya agak takut nak tinggal pada orang. Pada saya biarlah saya yg marah diorang tp bukan orang lain. Walaupun saya seorang surirumah tp saya sebolehnya nak yg terbaik untuk mereka sbb tu saya berusaha utk mencari pendapatan dari bisnes online
SUAMI SAYA
Impian saya dari dulu lagi saya mahu mengerjakan haji dan umrah bersama suami dan pergi berjalan2 seluruh dunia bersamanya, kalau ikut pendapatan suami sahaja kekadang nak blk kampung pun tersekat juga di leher ni
Dan saya taknak dia pening kepala sorang memikirkan bil2 dan perbelanjaan bulanan mestilah kita sebagai isteri kena tolong dia kan orang kata susah dan senang bersama gitu
IBU DAN AYAH SAYA
Saya tahu bila keputusan diambil utk menjadi seorang surirumah telah membuatkan ibu dan ayah saya hampa, saya boleh nampak dalam mata mereka terutama bila berjumpa kawan2 lama dan bercerita tentang kejayaan anak2
Mereka telah berusaha menjadikan saya seorang insan yg berguna dan berpelajaran dan alhamdulillah saya mmg telah mendapat degree dari USM cuma nasib saya bukan menjadi seorang yg boleh disebut mcm adik beradik saya yg lain dan ibu saya sampai sekarang masih menyebut2 supaya saya bekerja
Kalau boleh saya nak berjaya dan tunjukkan pada mereka yg saya juga boleh berjaya walaupun tidak menjadi seperti yg mereka impikan dan mampu bawa mereka ke tanah suci suatu hari nnt walaupun mereka dah pergi tp saya ingin membawa mereka hasil dari titik peluh saya berniaga
KAWAN-KAWAN DALAM FACEBOOK
Facebook ni kalau ikut byk kelebihan dari keburukan cuma kita kenalah pandai2 kan, cari dan kenal dgn orang yg positif, kalau rasa ada yg negatif2 ni buang je dari frenlist
Friendlist saya pun agak ramai ibu2 yg bekerja dari rumah dan menjual pelbagai barang dan saya suka semangat mereka, bila nampak dioarng update hari2 tanpa jemu dan memberikan pelbagai kata motivasi buat saya rasa bersemangat kembali dan takmau down-down. Buat rugi masa je kan sbb tu sometimes kalau saya tgh ada masalah saya suka baca newsfeed utk tingkatkan blk semangat saya
Kesimpulannya apa2 yg positif dan baik saya akan ambil sebagai sumber kekuatan saya, mgkn sometimes kita akan down tp saya akan pandang dan ingat sumber2 kekuatan saya saya dan kembali bertenang, banyakkan berzikir dan membaca alquran utk tenangkan hati yg lara semula
No comments:
Post a Comment