Yg ni adalah resipi pertama yg saya cuba lps tgk rakan2 pun ramai yg cuba
Percubaan pertama mmg menjadi terus even saya ubah dari cucur kembung manis ke ikan bilis. Rasa lembut dan rangup di luar tau
Yang ni adalah resipi asal untuk membuat cucur kembung manis
RESIPI CUCUR KEMBUNG
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam
Air tu kena pastikan betul2 panas dan mendidih ye sbb nnt tepungnya tu mcm akan masak dan tulah rahsianya kuih tu jd lembut dan garing di luar
Untuk resipi saya, saya ubah susu pekat manis tu kepada senggengam ikan bilis, boleh tambah sayur lain jika suka
Dohnya tu td akan melekat2 jd untuk buat bulat2 mcm ni boleh basahkan tangan dgn air sblm buat adunan, kalau rasa terlalu lembik tambahkan sedikit2 tepung
Kemudian goreng dalam minyak yg betul-betul panas sbb nnt kurang serapan minyak pada kuih tersebut
Saya suka sbb bulatnya elok je dan cantik je kan tp tak rasa tepung ok, kalau kita tgk rupa yg bulat2 mcm ni risau rasa tepung je kan tp guna resipi ni mmg tak sbb gebu dan lembut je, dah sejuk pun masih rangup di luar tu
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN
No comments:
Post a Comment