FAKTOR YG MEMPENGARUHI METABOLISMA
1) Umur
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.
2) Jantina
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.
3) Genetik
Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme yang tinggi.Jangan risau jika anda tergolong dalam mereka yg mengalami masalah metabolisma yg rendah
CARA2 MENINGKATKAN METABOLISMA DALAM BADAN
1) Pemakanan
Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.
2) Senaman
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
3) Minum banyak Air
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.
4) Tidur secukupnya.
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.
LEPAS NI SAYA AKAN UPDATE PRODUK YG BEST UTK PENGGALAK METABOLISMA K
DAN SAYA HARAP TIPS NI BOLEH MEMBANTU KORANG K
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823
COD : SEKITAR KLANG, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
No comments:
Post a Comment