Harini nak cerita tentang masalah senggugut pula, masalah senggugut ni boleh dikira dr tahap 1 sampai 10, kalau tahap 1 tu rasa sakit perut biasa2 je ataupun kekadang 0 tiada lgsg, kalau yg dah masuk tahap 8-10 ni mmg kronik sbb apa sbb sampai berguling2 atas katil n satu kerja pun dah tak dapat nak buat. Kalau yg masih belajar ade yg terpaksa ambil cuti setiap bulan kerana masalah ini, bila masalah ni dtg biasanya migrain pun dtg sekali. Pada yg dah bekerja pula, mesti kena ambil mc punya, mcm tu sekali penangan senggugut ni. Kalau saya mungkin berada tahap 5, sakit tu tetap sakit cuma tak sampai berguling2 lagila
Ada yg bila sakit tu mesti sampai ambil pain killer punya kan tp tau tak pain killer ni kalau selalu sgt diambil akan ada side effectnya nanti n takkanlah kita nak bergantung pada pain killer je setiap bulan kan
Apa itu senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang anda alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali anda period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Apa yang menyebabkan dismenorea?
Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period anda yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor anda mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh anda semasa pemeriksaan.
Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh anda boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan anda senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder
adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
- Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
- Jangkitan
- Radang Rongga Pelvis
- Endometriosis
- Penyakit usus seperti apendisitis
- Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat
GLA COMPLEX
- Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
- Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
OSTEMATRIX
- Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
- Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
- Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
B COMPLEX
- Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
SENGGUGUT TERUK
INGIN MENCARI PENAWAR YG SELAMAT
BERMINAT HUBUNGI SAYA UTK KETERANGAN LANJUT YE
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823
COD : SEKITAR KLANG, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.
ReplyDelete