Thursday, 23 May 2013

Tips Banyakkan Susu Badan


 


saat penyusuan tu bg saya momen plg indah sbbnya time nila anak kita bonding dgn kita, bila dia dah stop menyusu nnt xyah tido ngn kita pun xpe huhu sedih sbb dah lalui dgn 2-2 anak yg dulu bila dah stop menyusu. ada ramai kawan saya yg dah berjaya menyusu even anak sulung failed maknanya apa...xde istilah keturunan or susu badan mmg jenis kurang yg penting kekuatan dan keyakinan kita sdri

jom saya share tips untuk banyakkan susu or kekalkan production susu

  1. Jika bekerja pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.
  2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
  3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.
  4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
  5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
  6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.
  7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
  8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.

ANDA PERLUKAN SUPPLEMEN UNTUK PENYUSUAN

JGN MALU LEH TERUS SMS OR WASSAP SAYA YE

SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 880098
NURUL AZEAN
CALL/SMS/WASSAP: 0193228823 



COD : SEKITAR KLANG, KOTA KEMUNING DAN SHAH ALAM


Pakar Cantik

No comments:

Post a Comment